.......

Thursday 3 March 2011

Hujan

Hujan turun mencurah-curah untuk dua hari berturut-turut pada subuh hari..
Pertama pada subuh 2hb. Mac 2011, hujan turun pada jam 6.00pagi. Manakala pada hari kedua pada subuh 3hb. Mac 2011, hujan turun pada pukul 3.45pagi. Dua-dua hari ini hujan turun begitu lebat. Cuma pada hari kedua hujan turun disertai oleh dentuman dan panahan petir.

Ceritanya..
Subuh pagi 2hb.Mac 2011 anak lelaki aku terpaksa berpayung menaiki van untuk ke sekolah.
Manakala hari kedua 3hb. Mac 2011, hujan sempat reda cuma gerimis tatkala menghantar anak ke pintu van. Kalaulah hari minggu mahu aje sambung tidur.. Hee.. Hee.. Tapi kena tengah-tengah minggu... Gamaknya, siap2 pegi keja laa..

Saturday 26 February 2011

Sudirman Haji Arshad - Milik Siapakah Gadis Ini

Milik siapakah gadis ini..
Wajah bagaikan sutera..

Video ini juga dirakamkan Di Bali Indonesia.
Terasa Seolah-olah Allahyarham Masih Lagi Berada Bersama Kita..
Karakternya Tak Mungkin Terpadam Dari Ingatan Berjuta Peminatnya..


Sudirman Haji Arshad - Nama Seindah Wajah

Pasti nanti..
Bergema namamu di pergunungan,
Indahnya namamu seindah wajahmu..
Bagai Bidadari..

Ini adalah video klip yang dirakamkan di Bali, Indonesia.
Video ini dirakamkan pada tahun 1988.
Kredit kepada : ramlan1984






Wednesday 23 February 2011

Pesan Abang - Sudirman Haji Arshad

UWahhh…!! Alhamdulillah, Anak ku menguap nak bangun pagi,
D***** bangun dah pukul berapa nie? Kejap lagi van dah nak sampai..
Nanti lewat tiba sekolah kena tulis nama dengan pengawas..
Emmm.. Yelah.. D***** bangun nie..
Gitulah.. antara rutin harian anak lelaki aku.


Tuesday 22 February 2011

Datin Kamariah Jamaludin

Kalau Tak Silap Saya, Beliaulah Bekas Isteri Kepada Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.
Masih Tetap Kekal Keanggunannya Biarpun Sudah Berumur.
Beliau Melancarkan Buku Resepi Masakan Hasil Nukilan Beliau Sendiri..

Ps* Maafkan Saya Jika Artikel Posting Ini Menyatakan Yang Beliau Adalah Bekas Isteri Kepada Allahyarham Datuk Sudirman Kurang Tepat.
Berikut Adalah Link Ke Blog Beliau..

http://www.loveingratitude.com

Terima Kasih.

Thursday 17 February 2011

Di desa kasihku tertumpah

Burung dan unggas berkicau-kicauan, bersahut-sahutan memuji keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Nun jauh di sana terbentang bukit-bukau yang menghijau.. sekali sekala terdengar bunyi desiran daun Rumbia yang ditiup sutera udara sepoi-sepoi bahasa. Dingin dan segar.. Aahh.. mana mungkin dapat aku nikmati suasana sebegini jika berada di kota yang hiruk-pikuk dek kehidupan yang mengejar perjalanan masa. Di desa ini kasihku tertumpah…

Monday 15 November 2010

Kalau Berpacaran - Ana & Sohaimi Mior Hassan



Lirik lagu Kalau Berpacaran


Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu, bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencuba buah terlarang

korus:
Boleh pandang pandang, jangan pegang pegang
Duduk renggang renggang, bertambah sayang

Biar malu-malu, biar segan segan
Kerana malu itu, perisai orang beriman

Kalau berpacaran boleh saja jalan jalan
Tapi jangan sampai cuba-cuba pegang pegang
Kerana bila syaitan merasuk dalam fikiran
Saya pun berjalan sampai ke tempat larangan

(rap)
Yah! Nak sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Ha ha... akulah penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah

Hai si teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah